Saturday, November 7, 2009 | By: matrock_opie

fInAl kElAntAn vs n9


lebih kurang sejam sebelum sepak mula edisi final piala malaysia antara kelantan dan negeri sembilan, sempat jgk aku postkan bnda ni..hehehe..mmg dapat rasakan bahangnya final ni,tiap2 ari duk citer pasal bola sampai la ke saat ini..dan malam ini juga penamat segalanya siapakah yang bakal menjadi juara?? Klate atau N9??hahaha...ini yg kita xtau..

aku dengan semangatnya menyokong kelantan malam ini walaupun aku bukan orang kelantan..aku orang ganu sejati..kenapa aku sokong kelantan???ini kerana N9 dah tumpaskan ganu dengan agregat 4-1..malu weh!!!membara rasa marah kepada N9, sekat hajat ganu utk final kali ini..untuk rasa puas + edisi balas dendam, terpaksa aku menyokong klate...=)



Ganu oh ganu..stadium runtuh..sebab jadi medan lawan raksasa ngan utraman.. terpaksa bukak semula stadium lama yg tunggu masa nak roboh..hahaha..itu xpe, tahniah untuk team bola ganu, berjaya jugak kalahkan Selangor ngan sepakan penalti..hahahaha..itu satu darjat tu..kuikuikui..tapi xpe ganu..ayuh!!!musim depan kita lagi perkasa..haha..dengan berkat stadium buruk kita,kita leh buktikan!!!hahaha



untuk malam nii, aku dengan konfidennya kelantan menang dengan goal 3-1..sekian

Thursday, November 5, 2009 | By: matrock_opie

hIdUp InI mAnIs bIlA.....

org tua kata...resmi manusia hidup di muka bumi, ada kala terasa manis, ada kala terasa pahit, tawar, duka, seronok, gembira, trauma, semua benda la...ini la manusia yg membezakan dengan mahkluk yg lain........

bagi aku,
hidup ini manis bila mempunyai kawan yg sama2 senang, kita bergumbira..kita cipta 1001 kenangan...

hidup ini manis bila sama2 susah, tolong menolong, support menyapport...tidak penting diri, senang sama-sama, so susah pon sama-sama la....

hidup ini manis bila apa yg kita nak, Allah makbulkan..dua tangan tadah doa..tunjuk rasa syukur bila tuhan makbulkan..jangan kedekut...

hidup ini manis bila apa yang kita tak mahu, ia tidak datang..sakit berat, mala petaka, cerita sedih..tengok saudara kita mcm mna mereka diuji..Masya Allah..mereka bukan pinta itu semua, tetapi sikap angkuh dan kufur dengan nikmat jadikan mereka sedemikian...

hidup ini manis bila ada manusia sentiasa memberi.. memberi se erti dengan bersedekah..setiap pemberian ikhlas di hitung Allah dan dibangkitkan amalan itu kelak..ada manusia yang kupik untuk memberi, inilah manusia yang penting diri..

hidup ini manis bila ada manusia yang menerima..menerima pemberian orang dengan hati terbuka, menerima dengan balasan terima kasih dan berdoa akan kesejahteraan orang memberi..namun ada manusia yang selalu mengharapkan pemberian orang lain, paling kesal mahal untuk ucap terima kasih..

hidup ini manis bila tiada manusia yang memperkudakan orang lain, ambil kesempatan atas kebaikan orang, sebaliknya lupa jika hidup dalam keseronokkan, tiada masalah...bila celaka datang, si kuda itu juga yang dicari..manusia oh manusia

hidup ini manis bila kita masih ada ibu bapa,keluarga..tempat paling mudah untuk mendapat pahala..hanya menjenguk,bertanya khabar mereka sahaja sudah ditulis amalan baik kita..Ya Allah, mudahnya berbakti pada ibu bapa...

hidup ini manis bila kita ada teman hidup, teman yang dapat kongsi semua masalah, teman yang percaya dapat bina hubungan sampai akhir hayat..teman yang mampu jaga makan minum kita,teman yang mampu jaga pakaian,alatan kita..syurga dunia..Ya Allah, kurniakan aku teman hidup yang sedemikian...

hidup ini manis bila kita tahu apa itu halal, apa itu haram, apa itu dosa, apa itu pahala...tahu itu semua dekat diri kita dengan tuhan..dekat dengan tuhan, dekat dengan nikmatnya, dekat dengan nikmatnya, manis lah hidup kita.......