Saturday, June 18, 2011 | By: matrock_opie

wanted now!!!

tetiba terjumpa gambo ni..
perghhhhh...
old skull betul..
not sure lah gambo ni zaman bile agaknya..
agak2 time darjah 2 kot, gaya rambut xleh blah..
sikat tepi beb..siapa ni? keh keh keh



Wednesday, May 18, 2011 | By: matrock_opie

terengganu vs pahang 3 - 2

lepas solat jumaat, 13-5-2011, start kereta trus blahh dari dunia segamat n terus ke kg terchenta, kemamang.... on the way ke kemaman, dapat lihat bnyk giler bndera ganu berkibaran kt kereta masing2, rupe2nya ada prlawanan bola kt stadium darul makmur..apa lagi, trus wat plan on spot ngan adik aku utk tgok bola mlm tu... giler punye semangat, beli je tiket 2 keping, trus beratur panjang nk masuk ke stadium..


suasana mmg hingar bingar lah, awok2 penyokong ganu mmg mangat molek, mcm2 ragam leh tgok.. haha..mcm beruk pon ada..kehkehkeh
belum masuk stadium, sempat jugak beli 2 jersi ganu, tanda semangat negeri punye pasal..haha..fenomena sperti main di ganu aje, giler punye ramai penyokong ganu, anggaran 10K jugak penyokong ganu dtg mlm tu..yg kelakarnya, seolah2 tiada penyokong pahang dlm stadium, mcm tikus takut pada rimau...

prlwnan mmg berbaloi ngan harga RM24 tu, mula2 ganu kene titik 2-0..aku igtkn dah kalah, rupenye sempat lagi tu score 3 biji utk menang pada mlm tu..semangat kerana penyokongnya yang tidak henti2 bersorak mmberi semangat!!! yeahhhh..ganu mmg peteh...


namun, dlm keseronokan menonton bola, ada jugak adegan yang kurang bertamadun dari penyokong..bila ganu ketinggalan 2-0 pd awlnya, penyokong yg hilang sabar wat kecoh dlm stadium..botol air, mercun, sampah semua dibalingnya pada pengawal,polis,dan rela yg bertugas..mcm main game CS lak diaorg nih,adehhh...
pape pon ganu dan berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan bakal menentang Kelantan yg juga jiran dan musuh tradisi sejak azali lagi..11 JuN di stadium Shah Alam..niat hati mmg plan nk ke sana, tp kerana tuntutan kenduri kawen kawan2, terpaksalah dahulukan nilai persahabatan~~

tepukan kepada penyokong setia

berjuang demi ganu..yeahh!!!

tanda terima kasih pd penyokong, caya la beb~~
Monday, May 9, 2011 | By: matrock_opie

byk perkara dgn MEI

selamat hari emak

8 mei hari emak..trima kasih byk2 emak, dulu emak menabur benih, skrg menuai dan hasilnya... masa untuk balas balik jasanya...syukur dpt seorang emak penyayang, anak dah kerja, tp masih sanggup dtg melawat, support sume bnda tanpa minta dibalas...=)

happy birthday ayah~~

selamat menambah usia yg ke 53..10 mei 2011~~
semoga sentiasa diberikan nikmat sihat dan ceria
semoga rezeki berlimpah ruah
semoga apa yang diimpikan tercapai..
10 mei belum tiba, tapi hadiah sudah diberi..huhuhu

lulus temuduga SPP utk lantikan tetap~~

berdebo-debo duk tunggu result ni, akhirnya.....ada rezeki utk menjadi pendidik, next step tunggu untuk kursus induksi~~hehe..cobaan sewaktu temuduga hari itu gt menguji, Allah sahaja yang tahu..trima kasih pada yg banyak menyokong sewaktu ketika itu, moga kamoo juga dipermudahkan..=)

seganap setahun~~

pejam celik, bulan mei lagi!! putaran kembali pd tarikh bermulanya, alhamdulillah dengan izin Allah..tiba untuk fasa ke-2, untuk lebih serius...insya Allah, bila tuhan perkenan, izinya tiada tolak bandingnya, semoga terus kekal,kekal dan kekal~~

sambutan hari guru~~~

kali pertama menyambut bila digelar betul2 seorang guru..sebelum ini menyambutnya sebagai guru sandaran, dan tidak lupa sebagai pelajar suatu ketika dahulu..yang menariknya, dilantik untuk mengetuai koir lagu guru malaysia, perghhhh.... mcm kera dpt bunga, gabra abes...tp it mic, igt karaoke ngan kwn2..haha..enjoy aje, terima tugas dengan penuh dedikasi!!!

warna kena pada hari~~

Isnin
Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening.

Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.
Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.
Selasa
Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (NW3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.
Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (NW3).

Rabu

Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (NW9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (NW9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.
Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (NW9) seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.
Khamis
Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (NW12, NW13, NW14, NW15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (NW16, NW17).
Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.

Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.
Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.
Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.
Jumaat
Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (NW11) dan Paru-paru (NW10).
Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.
Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.
Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung NW11) dan respirasi (Paru-paru NW10) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.
Sabtu
Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18), Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (NW19), Darah dan Otot (NW18) atau Tulang dan Saraf (NW20), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.
Ahad
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.
Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.
Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.
Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.
Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Defisini Resonan Warna Hari
Resonan bermasuk mach, sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.
Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.
Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari. Hari Isnin kenakan pakaian Putih. Hari Selasa pakaian Pink atau Violet. Hari Rabu pakaian Biru. Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren. Hari Jumaat pakailah Hijau. Hari Sabtu pakaian Merah dan hari Ahad pakailah Hitam. Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.

Tuesday, April 26, 2011 | By: matrock_opie

gambar kelas utk majalah~~


2 3 hari ini smk paduka tuan duk sibuk bergambar..drpd pengetua smpailah kakitangan sokongan sekolah, masing2 punye dressing perghhhhh......

para pelajarnya 2 3 kali duk ulang ke tandas..perempuan duk betul2kan tudungnya, yg amoy lmak duk urai2kan rambutnya mcm iklan syampu lak..xlupe jugak lagak2 pelajar lelaki, ngan rambut yg penuh berstyle...pacak ada, leper ada, belah tengah, mcm bontot itik pon ada..adehh

lagak gurunya pula boleh tahan, masing2 nmpk pakai baju baru aje, bak org kata "bau kedai pon x ilang lagi.." tapi, aku steady aje..wat mcm biasa aje, ala...org hensem xperlu lebih2 kn..hahaha..poyo giler..

ni gambar aku bersama budak2 kelas aku, pelajar bersama guru tingkatannya, 4 AC..mmg sporting abis la geng2 ni...~~~



Saturday, April 23, 2011 | By: matrock_opie

kaya jiwa, bukan kaya harta~


sabda nabi : "bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah,akan tetapi kekayaan yang sebenar ialah kaya jiwa"

hadis yg aku petik dlm majalah solusi isu 30 yang baru je siap baca..isu berkenaan dgn kualiti hati pada kemanisan iman..tergerak pula tangan ni nk kembangkan isu yg telah dikupas utk diri sdri..fikir,fikir dan fikir, masih gagal cari makna hidup di dunia dan apa yang mahu dicari sebenarnya?

manusia hari ini terlalu kejarkan dunia, sehinggakan aku sendiri pon tanpa sedar mengikut arus kejar mengejar yang tidak habis2. Bila sebut dunia, fikiran org akan terlintas, duit adalah segala-galanya..

tanpa duit mcm mna mahu hidup?
tanpa duit mcm mna mahu belajar?
tanpa duit mcm mna mahu balas jasa mak ayah?
tanpa duit mcm mna mahu beribadat?
tanpa duit mcm mna nk langsungkn hidup?
dan bermcm2 lagi lah bila sebut pasal duit nih..

berfikir dalam lagi,tanpa duit mcm mna nak bahagia hidup di dunia? org dpt beli,pakai itu ini, tapi kalo kita xde duit,apa yg org beli,kita xdpt beli,apa yg org pakai kita xleh pakai..hmm
bila berfikir mcm itu, mmg semua manusia akn jadi gila untuk kejar duit..tapi manusia jarang berfikir sebaliknya, berfikir pd sudut rohani...

bila sentuh dari sudut rohani, duit bukan selaga-galanya kn..org berwang xsemestinya capai apa yg dihajat..kekayaan sebenarnya tidak boleh dibayar dengan kelapangan jiwa..ramai kita lihat, org kaya hidup tidak aman..jiwa mereka sbnrnya tidak tenteram kerana harta bersifat tidak berpenghujug..org yg berharta akan selalu lihat harta mereka sedikit, makin byk yg dicari,harta pada fikiran mereka masih sedikit..sbb itulah bagi aku mereka sempit jiwa..mereka dayus pada harta..

ketenangan jiwa lebih tertumpu pada manusia yg sederhana sebenarnya..golongan ini dunia pon dikejarnya, tidak lupa akhirat kerana golongan sederhana kebiasaannya sgt faham erti syukur..mereka pandai manfaatkan nikmat Allah di dunia dan dalam masa yg sama syukur diterjemah untuk akhirat..walaupun tidak mampu memanfaatkan harta yg banyak pd jalan Allah,tetapi sedikit sumbangan yg ikhlas adalah lebih mulia disisi Allah berbanding org kaya yg riak kononya menafkahkan harta mereka pd jalan Allah..jauh dalam lubuk hati mereka inginkan sanjungan dan pujian org yg menampakkan mereka turut berbakti pada Allah..haih, talam dua muka aje sume itu!!

harta yang melimpah sbnrnya bukan ukuran kasih Allah pd hambanya..di sisi tuhan yg azali hanyalah keikhlasan drpd diri hambanya untuk jalanNYA..jadi,kenapa harta dikejarnya untuk kaya sedangkan jiwa tidak kaya? ermmm..fikir fikir fikir~~

aku suka hayati kata-kata seorg ustaz padaku dulu-dulu..katanya harta adalah nikmat,tetapi harta juga adalah jarum yg cucuk kita ke neraka..

kisah pada zaman nabi dahulu ada seorang hamba yg sangat miskin..tiap2 hari dia berdoa utk menjadi kaya tetapi Allah masih tidak makbulkan padahal hati hamba ini selalu terikat pada masjid. hamba ini tidak pernah meninggalkan solat jemaah kerana sebelum masuk waktu solat, beliau sudah ada di masjid untuk sama-sama berjemaah..beliau mengadu pada nabi akan impiannya utk menjadi kaya. Dengan berkat doa nabi, hamba tersebut diberikan hadiah dua ekor kambing dan kambing tersebut diceritakan terus membiak seperti ulat2..sekejap sahaja hamba tersebut sudah menjadi kaya dan dijadikan cerita oleh kerana terlalu kaya, hati hamba tersebut sudah jauh dengan masjid, hamba ini byk mnghabiskan masa dengan kambing2nya sahaja..pada suatu hari, nabi memintanya untuk mengeluarkan zakat,tapi sygnya kerana sayang pada harta tersebut,hamba ini kedekut untuk menafkahkan zakat tersebut..akhirnya hamba ini berada dlm kekufuran..



Monday, March 14, 2011 | By: matrock_opie

cuti sekolah seminggu~~

habiskan sepenuh masa dgn sebaiknya di rumah..
lalala~~~

satu benda yg tidak best,
terpaksa pulang awal ke Segamat,
--
jumaat n sabtu---
kna ikut program Pancaragam sekolah ke Nilai n KL~~~

tapi xpe, enjoy saje..
duk dengo konsert pancaragam, mcm best

Monday, January 10, 2011 | By: matrock_opie

saya bukan ustaz~

hairan dan sangat pelik..
bila sampai di segamat untuk mula berjinak sbgai warga segamat
pergi ke masjid, berkenalan dgn org2 kg..semua menyangka aku ini ustaz..
puas aku memberitahu yg aku ni bukan ustaz..
yg beratnya, aku ditawarkn utk memegang ketua biro pendidikan masjid
perggghhhh...sampai tahap mcm itu skali org kg pndng aku..
itu suatu amanah, tetapi dgn kudrat aku sbagai org yg baru berjinak dgn masyarakat kg, sememangnya aku tidak mampu menyandang jawatan itu..
dengan susun atur ayat yg lembut, baik, aku memberikan alasan..
namun, untuk aku membantu org masjid, INSHA ALLAH...dgn izinNYA

itu cerita dlm masyarakat kg..(umah sewa)
cerita yg sama juga bila ditempat kerja..di sekolah...
pengetua, GPK dan hampir semua guru juga menyangka aku ini ustaz..
siap gelaran dan panggilan pun dipanggil ustaz...adehhh
aku pon xtau dtg mana panggilan ustaz itu..
dgn panggilan itu juga aku diberikan amanah untuk jalankan tugas sprti mengendali program bina insan setiap jumaat..
redha ajela, namun aku sbnrnya mmg tidak selesa digelar status berkenaan..knp?

kerana itu adalah panggilan yg mulia..
panggilan itu hanya utk org yg tertentu sahaja
ilmu agama yg sgt2 cetek pada aku mna layak digelar ustaz
insan yg masih jahil, dan byk xtahu pasal agama..namun, belajar tntg agama wajib kn..
yg paling aku cuak adalah bila org brtanya tntg hukum...mcm mna nk jwb tu? seandainya salah dan tidak benar setiap ajaran kita tu, Masya Allah..berat azab kna tnggung nnt tu di hdpan Allah~~

Saturday, January 8, 2011 | By: matrock_opie

hari yg sgt boring....

----------hujung mnggu yg sgt boring!!!!-----------

bangun tido pukul 5.30 pagi, tunai apa yg wajib..
jemur baju yg direndam softlan semalaman..
baca buku "armagedon 2012-bencana akhir zaman" sampai nak muntah, xhabis2..
nak tido, mata x mau pejam!!!

pkul 12 bru mandi pagi, kehkehkeh..
lap2 kereta..
mkn tgh hari kt kedai..masak xpandai..
ptgnya cuba mahu tido, tp mata xpejam jugak!!

sambung bca buku "armagedon 2012-bencana akhir zaman" sampai nak muntah, xhabis2..
nk keluar joging..tapi cuaca teruk!!
maghrib di masjid..
mkn mlm kt kedai..masak xpandai..

mlm.....sambung bca buku "armagedon 2012-bencana akhir zaman" sampai nak muntah, xhabis2..

----------hujung mnggu yg sgt boring!!!!-----------
Friday, January 7, 2011 | By: matrock_opie

Zauj dan Zaujah ku…

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,

Aku mengerti di mana kamu,

Kamu sedang letih berjuang,

Kamu sedang lelah berdakwah,

Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,

Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,

Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,

Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,

Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.

Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.


Zaujahku,

Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,

Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,

Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,

Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,

Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,

Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,

Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,

Sebaliknya dengan pandangan dakwah,

Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,

Kita seharusnya bersedia zaujahku,

Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.


Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,

Aku mengerti kau sedang menungguku,

Aku mengerti kau merinduiku,

Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,

Kau sedang lelah berdakwah,

Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,

Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,

Aku sedang menunggumu,

Aku juga sedang letih seperti kamu,

Kerana setianya padaku,

Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,

Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,

Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,

Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.


Zaujku,

Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,

Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.


petikan drpd FB in relationship with..thanks~~

Wednesday, January 5, 2011 | By: matrock_opie

buat muka ketat~~~

pesan cikgu2 senior before masuk kelas :
"opie, ngan budak paduka ni ko xleh bagi muka, kna sll wat muka ketat"

bila pertama kali masuk kelas paling hujung form 4, semua budak diam..
semua budak mcm takut2..hahaha
mcm berjaya je kasi 1st impression kt budak2 nih..
biar mereka tahu, biar mereka takut pada cikgu..
jgn bagi mereka pijak kepala kita kemudian hari =)
Tuesday, January 4, 2011 | By: matrock_opie

ambik risiko

sume benda nk kene setel hari ni..
giler penat weh kalo kna jd guru kelas..
rekod pelajar, yuran, buku teks, inventori kelas, pengurusan dan sume benda lah!!!
mcm inilah agaknye mngapa cikgu lama2 merungut kerja byk kt sekolah..
skrg bru aku merasa..sabo ajela..

ckp pasal buku teks, ikut pada prosedur bukan main tersusun...
katanya : hantar wakil ke bilik SPBT, maklumkan pada staff dan sume akan diselesaikan..tapi.....
bila dah time nak ambil, lain jadinye..adehh..
setiap guru tingkatan kena sndiri jumlahkan,
kena sendiri ambik untuk pelajar,
kena sendiri agihkan untuk pelajar, sgt2 penat..
mcm mna nk berebut ramai2 bila sume dah serbu bilik itu utk masing2 ambil buku teks..
pengurusan bilik mcm entah apa-apa lah..

lastly, dgn berani dan langgar etika,
aku minta pelajar keluarkan sejumlah anggaran buku drpd bilik tanpa rekod
bukan sebiji, tapi berpuluh2 biji..

risikonya yg kna tnggung dan aku tahu :
- buku teks dicuri hilang
- pelajar boleh dakwa sesuka hati yg mereka tidak dpt buku teks
- masalah timbul dgn bilangan no siri yg berbeza

walaupun tahu itu risiko, tapi...apa yg boleh mampu aku buat?
sbb pengurusan yg agak kelam kabutlah semua jadi seperti itu..
but..ini hanya risiko, masih mampu tanganinya iaitu dgn cara keesokannya terpaksalah bekerja keras sikit check one by one student yg terima buku teks dgn kenalpasti jumlah yg diambik dan nama buku betul dgn keperluannya..redha ajela

inilah masalah sistem sbnrnya, bila dirancang tanpa pikirkan alternatif lain, mmg kelam kabutlah..manusia yg membuat sistem dan sistem itulah juga yg menjahanamkan manusia.kesannnya -------> bilik SPBT yg dahulunya kemas, brtukar mnjadi tokang pecah!!! bila sume org serbu masuk dalam....
Monday, January 3, 2011 | By: matrock_opie

saya sudah bekerjaya..alhamdulillah

penat lelah hampir 23 tahun secara umumnya pejam celik di bumi Allah ni, akhirnya rezeki aku untuk jadi seorang cikgu tertunai..terima kasih Allah, terima kasih emak, terima kasih ayah, terima kasih guru-guru dan tidak lupa terima kasih pada kawan2 kerana mereka sebahagian berus warna untuk lukisan hidup aku sampai hari ni...

alhamdulillah, dapat menjadi seorang pendidik di SMK PADUKA TUAN, SEGAMAT, JOHOR... bila dengar nama, begitu gah, tapi pada hakikat lumrahnya banyak cerita disebalik nama itu..abaikan..

bila dah bergelar pendidik, fizikal, sikap, nilai dan semua keadaan mestilah berdasarkn ciri-ciri seorang guru..apa yg ada pada guru itu, mestilah dicontoh dan ada pada diri aku..dengan izin Allah, tanam azam dengan senekadnya untuk berjuang demi anak bangsa malaysia, agama, kedua-dua ibu bapa dan keluarga, juga pada masyarakat sekeliling..harapan rezeki di dalam bidang perguruan membawa berkat untuk diri aku dan mendapat redha Allah..amin~~