Tuesday, October 26, 2010 | By: matrock_opie

alahai roti canai~

mengeluh panjang mlm nih..lepas makan baru rasa sesal..huhu..

bila malam, mcm biasalah dinner ngan family..sedap pulak masakan mak mlm ni (sentiasa sedap pon hari-hari), apa lagi 2 pinggan nasi la dengan berseleranya..maklumlah bila ada tetamu dtg, selera makan pon berbuak-buak

lepas makan, aku ngan pak sedara ke bandar, pusing2 dikala malam..apalah yang ada kt bandar kemaman, hanya kedai2 makan aje yang bukak..puas pusing2, kami berhenti minum...cadangannya nak minum aje, tapi skali pandang dlm kedai ada je benda terbang..tup tup tup roti canai!!!!

perut yang dah sedia kenyang kembali lapar!!
"bang, roti canai satu ye, kuah dal"

order tanpa pikir panjang..hahaha..mane dietku sebelum ini?? hancur....kerana roti canai!!!
Saturday, October 23, 2010 | By: matrock_opie

kemah awok klate...tuntut bela yeahhh!!!

padahal ari ini agak kelam kabut sbb terpaksa ke Dungun utk melawat adik kt hostel..tapi kerna bola punye pasal, usaha jugak utk balik awl ke rumah dan tercegak depan tv dengan 2 pop-corn yg dibeli kt pasar malam...

bukan apa, mlm match yang agak penting bagi aku untuk pastikan maruah SEK GANU KITE terbalas bila diabkan oleh awok2 KEDAH pada quarter final aritu..harapan hanya pada AWOK KLATE ajela utk pastikan awok2 KEDAH gigit jari...( piala malaysia sehebat EPL )

bukan main semangat duk tgok, 90 minit berlalu mulut dop abih2 duk kutuk KEDAH..haha..berbakul2 dosa mlm nih, tp xpe, itu gurauan ajela..=p Alhamdulillah, hajat tertunai bila KLATE brjaya tundukkan KEDAH 1-0...

rasa puas ati payoh nok royak..berbaloi bila harapkan KLATE utk balas balik dendam kesumat 7 keturunan pada KEDAH mlm ni..

apapun tahniah untuk 2 pasukan, hendak xhendak dalam rumpun dan negara yang sama, tiada langsung rasa dendam selamaya pada KEDAH, mainan sukan adalah bagus sbnrnye untuk majukan sukan jugak..juga untuk semarakkan rasa seronok pada bola sepak malaysia..

final nanti antara KLATE dan N9 dan alang-alang menyokong KLATE, biarlah diri terus menyokong sampai KLATE dpt cium piala malaysia tahun ini..Insya Allah~~~
Wednesday, October 20, 2010 | By: matrock_opie

malam kasi pecah...


lama xjmpa kwn lama..mula plan benda giler..haha..kisah aku, al-hafiz, dauz dan wan sewaktu ke UPSI utk ambik jubah konvo..

plan mlm tu kitaorg ke Temple Park kt Selayang, ingat nostalgia dulu2 bila kebosanan di UPSI, disinilah kami akan merempit utk main bowling...

tiga set kitaorg main..finally, aku ngan dauz 1 team menang ketiga-tiga set..kahkahkah..nasib baik xbertaruh, siapa kalah dia yg bayar..huhu

lepas main bowling, kitaorg ke bandar Rawang, apalagi..karaoke lah..2 jam..mcm2 lagu nyanyi, mula ngan rock, akhir dengan nasyid..sume tibai..suara xsedap xpe, asal konfiden..hoho..memori yg xleh lupa bila wan (mat pek) nyanyi lagu Blues Terengganu Kite..org ganu dgr msti sakit hati~~

lepas karok, kitaorg ke downtown Damansara..silau2 apa yg menarik kt sana, ada yg beli seluar jeans, ada yg beli kasut, ada juga yg secara tak sengaja beli magic code..perghhh, pasni cikgu leh wat magic dlm kelas..yeahhh...

jam pukul 4 pagi, rasa mengantuk jauh sekali, plan terus ke Putrajaya..lengang putrajaya, kereta lgsg xde, hanya ada 2 3 pasangan beruk yg mcm **** duk ats jambatan berasrama..lantak diaorg lah, apa yg nk dibuat kt putrajaya, hanya pose 2 3 keping gambo aje buat kenangan...

tengok muka sorg2 time ni xleh blah, sume mata merah..like red worrior la plak..xlama azan subuh berkumandang, kitaorg patah balik ke Rawang ( umah wan ) dan membongkang smpai pukul 12 tgh hari...








Saturday, August 21, 2010 | By: matrock_opie

kenang sahur dulu2~

beza puasa org islam dgn puasa org kafir adalah "sahurnya"...
mereka (org kafir) tiada sahur, tp kita org islam ada sahur...
apa makna sahur itu ?

S = santapan
A = anda
H = hikmah
U = untuk
R = rohani

mula2 dgr quote ni time zaman skolah aritu, kebetulan sambil study (konon2 stay up utk SPM 2004 lah..) ngan Mizan kt hostel, sambil2 duk dengar radio, abg DJ radio itu memaknakan sahur ni..

mula2 terdgr mcm klakar lak, tp bila renung kembali mmg kena sgt ngan makna ni..=) yg lucunya lepas je dgr makna ni, kitaorg terus ke surau, wat announcemnt kejutkn kwn2 aspura dan aspuri utk bangun bersahur dgn gunakan quote nih, huhu... cerita zaman muda dulu2 kala...
Thursday, August 19, 2010 | By: matrock_opie

cobaan puasa~

20-08-2010
12.10AM

hari ni dah masuk hari ke-3 sakit perut..
seksa jasad aku weh..
toilet dah mcm bilik no 2 dah..
rasa nak bwk tilam skali dlm toilet..
cobaan puasa...
perut mcm ada org cucuk2 ngan duri..
xtahu apa yg silap mkn..
redha ajela..
xkan nk tinggal pose, huhu..
insya Allah esok baik =)
Sunday, July 25, 2010 | By: matrock_opie

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma''waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma''waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada
Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara
Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Monday, July 12, 2010 | By: matrock_opie

life seorg penganggur

6.00 aM
bagun pagi, gosok gigi, smbahyang...

7.00 - 9.00 aM
kt kedai mak aku..
keje aku : Ambik order, beli paper, clear meja, basuh pinggan n sewaktu dengannye..kalo air simple2 like teh'O, biasanya aku je wat utk customer..

10.00 aM
ke bandaraya Cukai, Kemaman..bandaraya ke? iyela kot sbb jalan sokmo jam disebabkn org kemaman dok pandai bwk keta, haha..
keje aku : kene pegi pasar beli brg2 kedai..

11.00 - 2.00 pM
kt kedai mak aku..
keje aku : seperti di pukul 7.00 - 9.00 aM diatas..then set down utk tutup kedai pada 2.00 pM

2.00 - 5.00 pM
ini time rest aku..kebiasaannya aku main game @ berFB @ baca buku @ tgok tV @ paling teruk tidur in case kalo penat sgt...

5.00 - 7.00 pM
masa beriadah..yehaaa..time utk keluarkan peluh..lalala..berjoging di dataran Astaka @ berkebun tebu di belakang umah @ sapu2 sampah sekitar dengannya...kalo mls sgt, aktvt 2.00 -5.00pM td disambung..haha

8.00 pM
masa untuk tgok berita, cari isu-isu hangat, then berperang ngan musuh2 kepala sengal di dlm fB pasal isu-isu yg dicedok drpd berita td...

9.00 pM - 10.00 pM
kt kedai mak aku
keje aku : setting untuk bisness esok hari, sapu sampah, kutip sampah n buang sampah..susun2 apa yg patut...

11.00 pM
masa utk segalanya sama ada tgok tv @ layan intrnt n xlupe bermsg ngan teman hati yg tersyg..kuikuikui..selamat malam......

inilah rutin aku hari Ahad hingga Khamis, kebiasaannya benda yg sama...cuma Jumaat n Sabtu lain sbb hari minggu n segalanya diisi dgn aktvt family, maybe ke kuantan walaupun mahu beli sepasang selipar @ ke dungun, melawat hero bongsu yg termacho kt hostel..haha..sbnrnya, aku xrasa pon yang aku ini seorang penganggur sbb setiap ujung minggu majikan a.k.a mak aku akn bagi rm50 sebagai upah tolong dia..makan, minum, minyak kereta n bil broadband sume ditanggung free..yehaaa..so, rm50 itu sgt bermakna n byk dah utk aku sbnrnye..tapi, duit itu segera dihabiskn dengan beli makanan setiap kali ada pasar malam yg berhampiran..hahahaha
Sunday, July 11, 2010 | By: matrock_opie

nasib selalu baik~

sedar x sedar after tamatkan praktikum kt SMK Astana dah nak masuk 2 bulan..maknanya 2 bulan sudah aku jadi penganggur terhormat..mintak jadi guru ganti, tapi sampai ke hari ini langsung xde khabar berita..xde rezeki la tu...rasanye kabel kuat doh tu, huhu..katanya : kerajaan xde peruntukan utk byr gaji...hmmm, sabo ajela..

nasib baik
skrg musim buah tempatan, tok wan aku ada kebun pokok durian, rambutan, manggis...so, kalo aku ke"boring"an sgt, aku panjat ler pokok2 nih..kadang2 kait buah rambutan, jual kt kedai, bole la jugak seringgit dua drpd duk saje2 dumoh..

nasib baik
mak ayah aku ada kedai kopi pagi..so, tiap2 hari aku tolong diaorg kt kedai, upahnya boleh la rm10 sehari..ok dah, keje xdela berat sgt..lagipon niat nk tlg org tua, ada jugak bahagian pahala tu, syukur...mkn mnum aku sedia ditanggung, minyak kereta, bil2, broadband n kadang2 topup hpon aku pon diaorg bayar..sape yg xnak balas budi mereka kn, berbudi dengan cara tolong mereka lak..

nasib baik
skrg demam world cup, tp dah nk tamat...sebulan tempoh teman aku menganggur..time world cup, aku mcm mayat hidup, siang2 hari mata stim mcm org hisap gam, huhu..tapi kerana minat punye pasal, layan je....

sekarang dah masuk bulan syaaban, xlama lagi ramadhan berkunjung tiba, xsabar rasanya menunggu utk tempoh sebulan ni..lepas puasa, raya raya raya...insya Allah ada rezeki bulan 10 or 11 boleh dipostingkkan...moga Allah permudahkan urusanku..amin~
Sunday, April 18, 2010 | By: matrock_opie

lagu sedih, tp rasa mcm happy bila dgr~



lirik :-

Bagaikan tiada lagi
Mentari pagi hari
Suram dan kelam
Dan aku pun menyendiri

Perginya entah kemana
membawa hati luka
Kerna kucurang
Pada cinta yang kau serah

Dan bagaimanakah
Harus kubawa engkau semula
Kembali bersama
Menyusuli cinta kita dulu

Kugenggam baramu
Walaupun panas tak ku terasa
Demi mu kuingin kembali
Pasti tak kuulangi

Pulanglah oh sayang
Bersama salju rindu kasihmu
Izinkan ku kembali lagi di hatimu

Biarpun payah kau terima
Pasti kucuba
Wednesday, April 14, 2010 | By: matrock_opie

pErkArA tErbUkU dlm hAtI

>hidup dengan manusia mmg susah..bukan sume yang kita suka disukai manusia lain, sama jugak dengan apa yang kita tidak suka, tak sama dengan rasa kurang senang orang lain. mahu tak mahu, perasaan kena layan, benda kecik jangan diperbesar, benda remeh tolak ke tepi, dan benda yang rasa menyampah kenalah buat-buat coooll..alahai hidup!!!


HIDUP JANGAN SUSAHKAN ORANG LAIN ~~hmm..prinsip ni akan terpakai kalo orang lain xsusahkan kita kn..tp kalo orang lain suka susahkan kita mcm mna lak??susahkan org itu jugak~~haihh
Friday, April 2, 2010 | By: matrock_opie

lebihnya sujud dlm solat~~

ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa
keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan
penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.



Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.
Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah ,biji hitam (black seed) dan sebagainya.


Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,
terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .

Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki
urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!


Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.
Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.....


Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Orang yg tidak menunaikan sembahyang ,
akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

****************************************
************************************************

Ulama mengatakan sujud yang sempurna ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya....

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Friday, March 19, 2010 | By: matrock_opie

ilmu besar kuku jari manis je~

citer ni bukan nak aibkan org, cuma ikhtibar terutamanya utk diri aku sdri..

suatu pagi aku ke sebuah pasar raya @#$$%# kt bndar chukai, nk beli ayam n air...bila smpai time nk byr tu kt kaunter bayaran, aku dpt tgok satu gelagat..gelagat yg mmg berbulu mata bila tgok..

seorang hamba Allah (pompuan) aku rasakan dia org baru bekerja kt situ, dia scan aku pnye barang2 yg dibeli ni, bila nk scan, mesin tu xdpt detect, aku sabar ajela, maklumlah, org baru, lmbt n xpandai pon iye jgk..tetiba ada la sorg akak ni, dengan angkuhnya mengutuk hamba Allah ni dgn xsopan n berlagak gila2...dengan nada yg tinggi seolah2 menengking hamba Allah ini sperti mengajar cara yg btul..

time tu jgk aku rase marah api-api, rasa nk tgur je akak tu, eiiiii...dlm hati duk kata, berlagaknye ko!!! tau la dah lama keje kt situ, xkan la ajr n tunjuk ngan sopan pon xleh..adehhh..kesian aku tgok hamba Allah ni..manusia mstilah ada perasaan malu, malu pada customer lagi..alahai manusia...

itu baru tau sikit, dah pon berlagak..entahlah kalo ada ilmu setinggi gunung, xtau la mcm mna reaksinya nnt bila org yg buta nakkan tunjuk ajar, bukan minta ilmu yang banyak pon, cukup untuk berkongsi pon dah bongkak..

selalu mintak drpd tuhan moga2 aku xtergolong dlm kalangan org mcm itu.....