Saturday, August 29, 2009 | By: matrock_opie

sOlAt dAPaT tOLAk bALa..

jumaat-28/08/2009 aku ngan kwn2 : Arie,Ika,Ain n Bee ke bandar tasik selatan utk selesaikn kerja lapangan kt sebuah company swasta..aku bukan la ahli group mereka,cuma just tolong drive kereta untuk group diaorg..bertolak dari UPSI before solat jumaat n sampai kt company itu dalam pkul 3 lebih + ngan sangkut kt jam tgh2 jalan....

selesai interview dalam pukul 5 lebih, so kami cadang terus ke kajang nak bukak pose kt sana..dalam perjalanan ke kajang,singgah sembahyang kt surau kecil dalam kg itu..aku lupa apa nama kampung tu...solat jamak qasar kt sana..

nak dijadikan cerita,lepas je kami siap sembahyang..nak kuar daripada pagar surau itu,tetiba kereta xleh nak bergerak..rasa pelik jugak,igtkn ada terlanggar apa-apa kt belakang pasal xleh reverse..aku n kwn2 pon trun dari kereta,tetiba terpandang kt tayar depan nak tercabut..terkejut aku,tambah pulak minyak daripada enjin kereta tetiba keluar...


kami dah mula rasa panik dan dah tak tahu nak wat ape2..kebetulan kt surau tu ada seorang pakcik sedang membersih surau..kami terus je mengadu kt dia pasal masalah ni,dia pon trus start motor then p panggil kwn dia, pomen kereta(bekas trafik)...dalam masa 10 minit tu,pakcik pomen pon datang,tgok ape masalah..alhamdulillah,dia dapat betulkan masalah kereta ini...

apa yang menarik kt surau ni,orang2 kt surau ni amat baik..ada la dalam 5@6 orang yang tolong kami..ada yang pergi cari minyak,ada yang cari spannar,yang duk berbual2 pon ada sambil tunggu pomen tu betulkan kereta..kalo dipilih posting,mahu saja aku posting di sini..hehehe..mengenangkan budi baik masyarakat kat sini...sepakat diaorng ni maybe acuan yang betul kot daripada kepimpinan kt situ...hehehe..hidup!!!!


pomen tu bagitau,just chamber tayar ni je yang patah..maklumlah kereta sewa,chamber yang simpe itu pon xleh pakai yang original..aku sgt syukur sebab benda ni kene bukan time tgh2 highway..bole je bygkn mcm mna kalo bnda ini berlaku kt highway+speed yang laju..wallahu alam..aku pon terfikir jugak,Allah masih nk kurangkan bebanan bala ni ke atas kami mungkin kerana solat...sedikit sebanyak jauhi kami dari bala yang lebih besar..syukur ya Allah..kadang2 ujian ini juga kena dengan bulan puasa,memang banyak uji aku..terima kasih tuhan...

p/s: kadang2 kita tidak sedar akan amal yang kita buat untuk pengabdian kepada tuhan yang esa sedikit sebanyak menolak kita daripada sesuatu bebanan yang amat dahsyat..benda yang berlaku ini sedikit sebanyak membuatkan aku berfikir bahawa semua benda yang berlaku ke atas diri sendiri adalah ditentukan oleh Allah bagi melihat sejauh mana tahap hamba itu percaya pada kuasa yang ada pada Allah yang bijaksana..amin
Wednesday, August 26, 2009 | By: matrock_opie

rAHsiA tAPi nYaTA

Pernah kau berkata
Diriku milikmu jua
Pernah kau berkata
Cintamu cintaku jua

Lembutnya wajahmu yang ayu
Sewaktu engkau di sampingku
Hatiku pilu bila rindu
Teringat aku sewaktu dahulu
Di manakah akanku cari
Serupa denganmu

Sungguhku terharu
Tanpa engkau di pangkuanku
Engkaulah yang satu
Sumber ilham waktu dahulu

Kau pergi tiadalah seri
Keindahan cinta berdua
Seperti bunga kelayuan
Seandai kelopaknya tidak mekar
Kuntuman layu merunduk saja
Tak dihiraukan

Akhirnya jatuh juga ia
Ke bawah penuh rasa hiba
Terurailah ikatan rasa
Kemesraan yang kita bina cipta
Entah ke mana perginya ia
Nyata rahsia..
Friday, August 21, 2009 | By: matrock_opie

rAMaDHan dATanG lAGi

alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH selepas setahun ramadhan tahun lepas berlalu,kini datang kembali..bulan yang ditunggu2 oleh semua umat islam utk menggandakan lagi amalan dalam bulan yang mulia ini..tidak berkecuali diri sendiri turut sama rasa syukur kerana masih diberi pinjam jasad dan roh yang bernyawa sehingga ke saat ini untuk sama2 menghayati dan memanfaatkan sebulan ramadhan yang akan ditempuh ini...

semalam bermula dengan solat sunat terawih yang pertama..semalam juga bermula bertadarus Al-Quran bersama rakan serumah,semalam juga bermula titik mula diari perjuangan dalam mendapatkan semaksimum yang mungkin fadhilat dan kelebihan bulan haram ini... dan pagi ini ( sabtu,22/08/09) sahur yang pertama...cukup dengan 3 keping roti ngan air kopi radix utk tahan diri smpai berbuka maghrib kelak..hanya ambil fadhilat bersahur,cuba juga sedaya upaya untuk bangun pagi..hehehe..2 handpon timing jam,last2 member jugak yg kejut..terima kasih kawan...


apepon,salam ramadhan diucapkan kepada semua dan diharapkan ramadhan ini memberi seribu satu makna yang mendalam dalam diri dalam kita mendekatkan diri kepada yang maha esa dan segala amal ikhlas sepanjang ramadhan ini diterima di sisi tuhan..amin
Thursday, August 20, 2009 | By: matrock_opie

bILe nAK bERubAh nIE??

arghhh...ape nak jadi ngan diri sdri..makin nak abis belajar,tabiat malas makin menjadi..sudah di semester akhir,kelas banyak xde..12 jam kredit je..mmg kelas kurang suatu bnda yang bes,tapi yang menjadi masalahnye sikap dalam diri..tido byk makin menjadi2..main game pah ceroh..malam berjaga,siang qada' tidur..YM,fB..ini sume faktor2 yg merosakkan...

bile nak jadi orang rajin nie???assignment pon esok hantar mlm ni baru siap..adehhh..nak jadi cikgu,tp itula..hehehe..suatu masa kot berubah..tapi bile??



Tuesday, August 18, 2009 | By: matrock_opie

bULan bOleH meNang

salam..aku tertarik pada isu negara akhir2 ni iaitu pilihan raya kecil di permatang pasir,Penang pada 25 Ogos ni..mcm biasa la, 2 parti utama akan beradu kuasa kali ni yg x lain tidak bukan PAS vs BN..(mcm bola la plak)

ape yg leh dilhat nnt mcm2 la citer yg akan kuar..yg side tu kutuk ini,yg ini lak kutuk itu..lumrah pilihan raya..walau ape pon aku ttp menyokong sepenuhnya perjuangan PAS selagi mereka mendokong perjuangan2 islam insya Allah...
Sunday, August 16, 2009 | By: matrock_opie

uJUnG mINgGu yG mEMeNAtkAN

khamis malam jumaat
pegi hantar pesilat2 UPSI kt KLIA..diaorg ada event kt Sarawak..kami pergi dengan 4 buah kereta..salah satunya aku drive,kereta Kak Tina..best woo..kereta Honda Prelude tuu..
bertolak dari UPSI pkul 10 malam dan sampai sana dlm pukul 12..Dalam pukul 3 pagi,aku bertolak balik ke UPSI n sampai dlm pkul 5 pagi...drive sorg2 tgh2 pagi,seram gilerrr

sepanjang hari jumaat
bagun pagi pukul 9..tido dalam 3 jam je dah kene pegi kuliah..mengantok giler time tu..pas solat jumaat igt leh tido,member ajk wat disscuss lak smpai pukul 6 ptg.. tapi xpe,diaorg wat mee goreng..kenyang aku...

sepanjang hari sabtu
aku qada' balik tido2 aku yg xcukup..full time duk umah je..mlm tu jmpa besfen,mkn2 kt kalumpang...saje je mkn jauh,bosan dah mkn kt tg malim

hari ahadnya pulak
awal2 pagi dah ke semenyih..p melawat pak sdra kwn..eksiden...pastu on the way nak balik lalu kt the mines,berhenti jap pusing2,cari buah epal ijau yg dipesan utk adik..
kluar dari The Mines terus ke UIA jumpa adik...then balik ke UPSI,smpai dlm pkul 7 malam...rest2 jap,mkn2,then pkul 10 malam ke KLIA..ambil diaorg..smpai la kt UPSI dlm pukul 3 pagi yang amat meletihkannnn..hahaha
Friday, August 14, 2009 | By: matrock_opie

sTuDEnt uPSi yG gILa pD mAmAt Nih


ini siapa????

sempena ngan pesta konvo sidang ke-11 ni, so mcm2 la event yang ada...explorace,prtndingan menyanyi,forum perdana,persembahan bdak2 pendidikan khas, n mcm2 lagi la...show drpd jaclyn victor pon ada kali ni..mmg hebat la..xkurang jugak banyak gerai2 yg dibukak..mcm2 ada..yg paling ketara skali gerai pakaian la especially gerai utk2 kaum hawa ni..penuhhhh...tapi sepanjang pesta konvo ni diadakan,aku tertarik pada suatu mlm ni..hehehe..FAIZAL TAHIR datang wat show kt UPSI

post yg aku share ni bukan bermakna aku minat faizal tahur ye..tetapi saje nk berkongsi..pada mlm tu kn,ada pertandingan karaoke la lebih kurang drpd student2 UPSI ni,nk kata suara tu sedap,sedap aku lagi yg menyanyi kot...hahaha..sesedap aku ni xdela smpai nk masuk pertandingan tu..kahkahkah

faizal tahir ni dikira sbgai artis jemputan la..dia wat show lepas sume peserta2 ni abis pertandingan..faizal nyanyi 4 lagu,tajuk ape aku pon xtau..pasal aku xberapa nk abil tahu sgt..yang jadi aku dtg jgk malam tu bukan sbb aku minat faizal tahir,tapi aku ngan geng2 dtg pasal nk tgok gelagat student2 UPSI ni..bagi aku,mmg boleh dikatakan tahap gila dah student UPSI..ramai sungguh...lengang manusia kt gerai2 pakaian,sume ditinggalkan gara2 si mamak faizal tahir ni..

ada sorg member aku yg jadi bodygard faizal tahir ni bagitau,faizal dibayar rM8000 utk nyanyi 4 lagu malam tu..perghhh..kalo la aku jd pentadbiran UPSI,konfirm aku xbagi faizal masuk..membazir weh,tapi terkenangkan bdak2 UPSI yg dahaga hiburan ni,on jela..sblum ni pon,dikhabarkan faizal mahu rM12000 but after nego ngan dia,bole la rM8000..itu pon aku rase mahal..

hmmm..ape pon kejadian malam itu kn bole la aku simpulkan yang student UPSI ni mmg fanatik gila2 kt Faizal tahir ni,lagi2 budak2 pompuan la..hehehe..kt bawah ada aku selitkan 2 3 keping gambar pd mlm tu...jommm


kedudukan 200 meter drpd pentas utama



khemah VIP : NC layan jugak ke???hahaha



agak2 dlm 4000-5000 warga UPSi mlm tu


hmm..yg pertopeng pon ada

tahun depan time aku lak konvo...sape lak yang datang eh..mintak Amuk la dtg..bru betul2 gegar UPSI..hahaha