Sunday, July 25, 2010 | By: matrock_opie

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma''waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma''waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada
Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara
Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Monday, July 12, 2010 | By: matrock_opie

life seorg penganggur

6.00 aM
bagun pagi, gosok gigi, smbahyang...

7.00 - 9.00 aM
kt kedai mak aku..
keje aku : Ambik order, beli paper, clear meja, basuh pinggan n sewaktu dengannye..kalo air simple2 like teh'O, biasanya aku je wat utk customer..

10.00 aM
ke bandaraya Cukai, Kemaman..bandaraya ke? iyela kot sbb jalan sokmo jam disebabkn org kemaman dok pandai bwk keta, haha..
keje aku : kene pegi pasar beli brg2 kedai..

11.00 - 2.00 pM
kt kedai mak aku..
keje aku : seperti di pukul 7.00 - 9.00 aM diatas..then set down utk tutup kedai pada 2.00 pM

2.00 - 5.00 pM
ini time rest aku..kebiasaannya aku main game @ berFB @ baca buku @ tgok tV @ paling teruk tidur in case kalo penat sgt...

5.00 - 7.00 pM
masa beriadah..yehaaa..time utk keluarkan peluh..lalala..berjoging di dataran Astaka @ berkebun tebu di belakang umah @ sapu2 sampah sekitar dengannya...kalo mls sgt, aktvt 2.00 -5.00pM td disambung..haha

8.00 pM
masa untuk tgok berita, cari isu-isu hangat, then berperang ngan musuh2 kepala sengal di dlm fB pasal isu-isu yg dicedok drpd berita td...

9.00 pM - 10.00 pM
kt kedai mak aku
keje aku : setting untuk bisness esok hari, sapu sampah, kutip sampah n buang sampah..susun2 apa yg patut...

11.00 pM
masa utk segalanya sama ada tgok tv @ layan intrnt n xlupe bermsg ngan teman hati yg tersyg..kuikuikui..selamat malam......

inilah rutin aku hari Ahad hingga Khamis, kebiasaannya benda yg sama...cuma Jumaat n Sabtu lain sbb hari minggu n segalanya diisi dgn aktvt family, maybe ke kuantan walaupun mahu beli sepasang selipar @ ke dungun, melawat hero bongsu yg termacho kt hostel..haha..sbnrnya, aku xrasa pon yang aku ini seorang penganggur sbb setiap ujung minggu majikan a.k.a mak aku akn bagi rm50 sebagai upah tolong dia..makan, minum, minyak kereta n bil broadband sume ditanggung free..yehaaa..so, rm50 itu sgt bermakna n byk dah utk aku sbnrnye..tapi, duit itu segera dihabiskn dengan beli makanan setiap kali ada pasar malam yg berhampiran..hahahaha
Sunday, July 11, 2010 | By: matrock_opie

nasib selalu baik~

sedar x sedar after tamatkan praktikum kt SMK Astana dah nak masuk 2 bulan..maknanya 2 bulan sudah aku jadi penganggur terhormat..mintak jadi guru ganti, tapi sampai ke hari ini langsung xde khabar berita..xde rezeki la tu...rasanye kabel kuat doh tu, huhu..katanya : kerajaan xde peruntukan utk byr gaji...hmmm, sabo ajela..

nasib baik
skrg musim buah tempatan, tok wan aku ada kebun pokok durian, rambutan, manggis...so, kalo aku ke"boring"an sgt, aku panjat ler pokok2 nih..kadang2 kait buah rambutan, jual kt kedai, bole la jugak seringgit dua drpd duk saje2 dumoh..

nasib baik
mak ayah aku ada kedai kopi pagi..so, tiap2 hari aku tolong diaorg kt kedai, upahnya boleh la rm10 sehari..ok dah, keje xdela berat sgt..lagipon niat nk tlg org tua, ada jugak bahagian pahala tu, syukur...mkn mnum aku sedia ditanggung, minyak kereta, bil2, broadband n kadang2 topup hpon aku pon diaorg bayar..sape yg xnak balas budi mereka kn, berbudi dengan cara tolong mereka lak..

nasib baik
skrg demam world cup, tp dah nk tamat...sebulan tempoh teman aku menganggur..time world cup, aku mcm mayat hidup, siang2 hari mata stim mcm org hisap gam, huhu..tapi kerana minat punye pasal, layan je....

sekarang dah masuk bulan syaaban, xlama lagi ramadhan berkunjung tiba, xsabar rasanya menunggu utk tempoh sebulan ni..lepas puasa, raya raya raya...insya Allah ada rezeki bulan 10 or 11 boleh dipostingkkan...moga Allah permudahkan urusanku..amin~