Monday, January 10, 2011 | By: matrock_opie

saya bukan ustaz~

hairan dan sangat pelik..
bila sampai di segamat untuk mula berjinak sbgai warga segamat
pergi ke masjid, berkenalan dgn org2 kg..semua menyangka aku ini ustaz..
puas aku memberitahu yg aku ni bukan ustaz..
yg beratnya, aku ditawarkn utk memegang ketua biro pendidikan masjid
perggghhhh...sampai tahap mcm itu skali org kg pndng aku..
itu suatu amanah, tetapi dgn kudrat aku sbagai org yg baru berjinak dgn masyarakat kg, sememangnya aku tidak mampu menyandang jawatan itu..
dengan susun atur ayat yg lembut, baik, aku memberikan alasan..
namun, untuk aku membantu org masjid, INSHA ALLAH...dgn izinNYA

itu cerita dlm masyarakat kg..(umah sewa)
cerita yg sama juga bila ditempat kerja..di sekolah...
pengetua, GPK dan hampir semua guru juga menyangka aku ini ustaz..
siap gelaran dan panggilan pun dipanggil ustaz...adehhh
aku pon xtau dtg mana panggilan ustaz itu..
dgn panggilan itu juga aku diberikan amanah untuk jalankan tugas sprti mengendali program bina insan setiap jumaat..
redha ajela, namun aku sbnrnya mmg tidak selesa digelar status berkenaan..knp?

kerana itu adalah panggilan yg mulia..
panggilan itu hanya utk org yg tertentu sahaja
ilmu agama yg sgt2 cetek pada aku mna layak digelar ustaz
insan yg masih jahil, dan byk xtahu pasal agama..namun, belajar tntg agama wajib kn..
yg paling aku cuak adalah bila org brtanya tntg hukum...mcm mna nk jwb tu? seandainya salah dan tidak benar setiap ajaran kita tu, Masya Allah..berat azab kna tnggung nnt tu di hdpan Allah~~

Saturday, January 8, 2011 | By: matrock_opie

hari yg sgt boring....

----------hujung mnggu yg sgt boring!!!!-----------

bangun tido pukul 5.30 pagi, tunai apa yg wajib..
jemur baju yg direndam softlan semalaman..
baca buku "armagedon 2012-bencana akhir zaman" sampai nak muntah, xhabis2..
nak tido, mata x mau pejam!!!

pkul 12 bru mandi pagi, kehkehkeh..
lap2 kereta..
mkn tgh hari kt kedai..masak xpandai..
ptgnya cuba mahu tido, tp mata xpejam jugak!!

sambung bca buku "armagedon 2012-bencana akhir zaman" sampai nak muntah, xhabis2..
nk keluar joging..tapi cuaca teruk!!
maghrib di masjid..
mkn mlm kt kedai..masak xpandai..

mlm.....sambung bca buku "armagedon 2012-bencana akhir zaman" sampai nak muntah, xhabis2..

----------hujung mnggu yg sgt boring!!!!-----------
Friday, January 7, 2011 | By: matrock_opie

Zauj dan Zaujah ku…

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,

Aku mengerti di mana kamu,

Kamu sedang letih berjuang,

Kamu sedang lelah berdakwah,

Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,

Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,

Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,

Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,

Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.

Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.


Zaujahku,

Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,

Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,

Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,

Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,

Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,

Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,

Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,

Sebaliknya dengan pandangan dakwah,

Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,

Kita seharusnya bersedia zaujahku,

Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.


Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,

Aku mengerti kau sedang menungguku,

Aku mengerti kau merinduiku,

Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,

Kau sedang lelah berdakwah,

Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,

Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,

Aku sedang menunggumu,

Aku juga sedang letih seperti kamu,

Kerana setianya padaku,

Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,

Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,

Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,

Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.


Zaujku,

Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,

Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.


petikan drpd FB in relationship with..thanks~~

Wednesday, January 5, 2011 | By: matrock_opie

buat muka ketat~~~

pesan cikgu2 senior before masuk kelas :
"opie, ngan budak paduka ni ko xleh bagi muka, kna sll wat muka ketat"

bila pertama kali masuk kelas paling hujung form 4, semua budak diam..
semua budak mcm takut2..hahaha
mcm berjaya je kasi 1st impression kt budak2 nih..
biar mereka tahu, biar mereka takut pada cikgu..
jgn bagi mereka pijak kepala kita kemudian hari =)
Tuesday, January 4, 2011 | By: matrock_opie

ambik risiko

sume benda nk kene setel hari ni..
giler penat weh kalo kna jd guru kelas..
rekod pelajar, yuran, buku teks, inventori kelas, pengurusan dan sume benda lah!!!
mcm inilah agaknye mngapa cikgu lama2 merungut kerja byk kt sekolah..
skrg bru aku merasa..sabo ajela..

ckp pasal buku teks, ikut pada prosedur bukan main tersusun...
katanya : hantar wakil ke bilik SPBT, maklumkan pada staff dan sume akan diselesaikan..tapi.....
bila dah time nak ambil, lain jadinye..adehh..
setiap guru tingkatan kena sndiri jumlahkan,
kena sendiri ambik untuk pelajar,
kena sendiri agihkan untuk pelajar, sgt2 penat..
mcm mna nk berebut ramai2 bila sume dah serbu bilik itu utk masing2 ambil buku teks..
pengurusan bilik mcm entah apa-apa lah..

lastly, dgn berani dan langgar etika,
aku minta pelajar keluarkan sejumlah anggaran buku drpd bilik tanpa rekod
bukan sebiji, tapi berpuluh2 biji..

risikonya yg kna tnggung dan aku tahu :
- buku teks dicuri hilang
- pelajar boleh dakwa sesuka hati yg mereka tidak dpt buku teks
- masalah timbul dgn bilangan no siri yg berbeza

walaupun tahu itu risiko, tapi...apa yg boleh mampu aku buat?
sbb pengurusan yg agak kelam kabutlah semua jadi seperti itu..
but..ini hanya risiko, masih mampu tanganinya iaitu dgn cara keesokannya terpaksalah bekerja keras sikit check one by one student yg terima buku teks dgn kenalpasti jumlah yg diambik dan nama buku betul dgn keperluannya..redha ajela

inilah masalah sistem sbnrnya, bila dirancang tanpa pikirkan alternatif lain, mmg kelam kabutlah..manusia yg membuat sistem dan sistem itulah juga yg menjahanamkan manusia.kesannnya -------> bilik SPBT yg dahulunya kemas, brtukar mnjadi tokang pecah!!! bila sume org serbu masuk dalam....
Monday, January 3, 2011 | By: matrock_opie

saya sudah bekerjaya..alhamdulillah

penat lelah hampir 23 tahun secara umumnya pejam celik di bumi Allah ni, akhirnya rezeki aku untuk jadi seorang cikgu tertunai..terima kasih Allah, terima kasih emak, terima kasih ayah, terima kasih guru-guru dan tidak lupa terima kasih pada kawan2 kerana mereka sebahagian berus warna untuk lukisan hidup aku sampai hari ni...

alhamdulillah, dapat menjadi seorang pendidik di SMK PADUKA TUAN, SEGAMAT, JOHOR... bila dengar nama, begitu gah, tapi pada hakikat lumrahnya banyak cerita disebalik nama itu..abaikan..

bila dah bergelar pendidik, fizikal, sikap, nilai dan semua keadaan mestilah berdasarkn ciri-ciri seorang guru..apa yg ada pada guru itu, mestilah dicontoh dan ada pada diri aku..dengan izin Allah, tanam azam dengan senekadnya untuk berjuang demi anak bangsa malaysia, agama, kedua-dua ibu bapa dan keluarga, juga pada masyarakat sekeliling..harapan rezeki di dalam bidang perguruan membawa berkat untuk diri aku dan mendapat redha Allah..amin~~