Thursday, July 26, 2012 | By: matrock_opie

sesungguhnya aku berpuasa...

26-7-2012 menjangkau hari ke-6 berpuasa, seronok..:)
semua org duk kejar pintu rahmat syurga yg terbuka luas utk hambanya..
moga usaha aku yg kecil ni dlm memanfaatkn bulan mulia diperkenan pada sisiNYA
byk program yg dibuat di sekolah,tempat aku berkhidmat sempa ramadhan ini..antaranya solat hajat, tasbih, taubat di surau, tadarrus Quran antara guru-guru dan tidak lupa juga dikalangan para pelajar..
seoga kami sama-sama mendapat syafaat..insya Allah..
dlm segala nikmat yg dikejar, ada juga cubaannya
hari ini, aku terlepas bangun sahur...sgt2 menyesal..
bila bangun sahaja, perut meragam xsudah..
sebelum pkul 7 pagi dah kali ke-3 keluar masuk toilet
akibatnya.....
aku dlm keadaan lesu ke sekolah
lngsg tidak bertenaga
ada guru yg perasan, terima kasih sbb prihatin :)
itulah hebatnya rakan sekerja..
sekolah abis pukul 12.30, igtkn boleh terus balik,
tapi ditahan untuk hadir meeting mingguan guru
lajaknya sampai pukul 2.30..haih
2.45 memecut ngah 125z terus pulang ke rumah
ambik wuduk dan sembahyang zuhur
kemudian rebahkan badan terus smpai asar :(
rutin yang biasa..lepas asar ke bazar
cari sedikit juadah utk berbuka
alhamdulillah, azan berkumandang dan selesai sudah ibadah puasa utk hari ini
terima kasih tuhan
x

Tuesday, July 17, 2012 | By: matrock_opie

wahai ANAK

♥♥ Anak yang mengenang jasa ibubapa dan MEMBALAS BUDI adalah anak-anak yang boleh memberi MANFAAT setelah ibubapa meninggal dunia..jangan bazirkan usiamu di dunia ini, REBUTLAH PELUANG yang masih ada untuk menjadi ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH buat ibu dan ayahmu..♥♥


pendek, tp mendalam maksudnya...moga Allah kurniakan aku sifat2 anak yg soleh
juga kurniakanlah juga kepadaku ya Allah anak2 yg memberi manfaat kepadaku kelak..amin



Wednesday, July 11, 2012 | By: matrock_opie

kelas peralihan

bosan giler masuk kelas ini...
fizikal, mental, sume perkara kena uji bila masuk
budak terlalu hyper aktif..
bila masuk kelas ini, hangin kus-kus automatik dtg
mula la kaki, tangan naik tanpa sedar
yg jadi mangsa kemarahan, merekalah..
mereka yg memberontak, mereka yg jadi mangsanya
apa boleh buat, dah dinamakan budak
pelajar yang belum matang
masih cetek akal, jauh skali mahu menduga kepandaian
budak yg belum kenal erti dunia sebenar...
bersabarlah...kerana mereka dlm proses perubahan
lumrah yang dikatakan budak
itu sume aturan
bagaimanapun, aku enjoy mengajar di kelas itu
mengajar tanpa tekanan
mengajar tanpa rujukan yg khusus
mengajar tanpa mengejar matlamat
yg pasti, mereka mesti pandai bahasa melayu
pandai dalam soal membaca, menulis malahan mengira
kelas yang mengingatkan aku pada zaman aku yg silam
kelas yang mengulit aku pd kenangan permulaan apa itu kehidupan
nakal mcm mereka
malas mkn mereka
xreti bahasa pon mcm mereka
mereka dalam proses perubahan
bersabarlah.....:)

bila Allah kata ini bukan rezeki aku

Bila Allah kata itu bukan rezeki...


Duit melayang hampir RM 800 untuk tukar 2 biji tayar depan..tapi,


Bila Allah kata itu bukan rezeki...


2 hari lepas itu, tayar terkopak sbb terlanggar tebing pejalan kaki di Batu Pahat Mall sewaktu nak parking.. mengeluh xsudah2 mengenang nasib yg agak malang..mahu x tension, guna tayar tu xsampai 2 3 hari..argghhhh....


tayar yang "injured"

tayar ni perlu diganti segera..lepas je kena, terus cari kedai yang jual tayar yang sama..hampir 6 buah kedai jugak du jelajah, finally jumpa!!..syukur 


byk sport rim kt kedai ni

dalam keadaan mcm gitu, mata ni sempat lagi menyilau sport rim yang lain..NAFSU!!! nak tukor baru saja,hahaha...kalo ada rezeki insya Allah..lalala

walaupun diuji, jauh dalam hati tetap rasa bersyukur kerana kesusahan yang telah Allah bagi sesuai dengan kadaran pada diri aku.. 

mungkin Allah nk uji tahap kesabaran aku
mungkin Allah nk sedarkan diriku yg lemah ni
mungkin Allah nk ampunkan dosa-dosa kecil aku..amin

dan

mungkin juga Allah turunkan cubaan ini adalh tanda sayangNYA padaku...
apapun, aku bersyukur padaMU kerana beginilah caraMu mendidikku..terima kasih tuhan