Friday, October 30, 2009 | By: matrock_opie

jAwApAn UntUk Org yAng sIbUk tAnyA..

Mula dengan nama suci Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Sedar tidak sedar aku dah berumur 22 tahun sebenarnya.. satu umur yang mana aku sepatutnya memikirkan apa yang bakal aku tempuhi untuk 22 tahun akan datang..baik segi kerjaya, keluarga, dan masa depan aku..sepatutnya pada umur ini juga, aku sudah ada satu timeline yang apa sepatutnya yang aku akan capai..hmmm...

Dari segi kerjaya, org org ckp aku playsafe..abil bidang pendidikan untuk senang dapat keje..sudah tiga tahun dan aku bakal abiskan ijazah aku, masih terdengar lagi ckp-ckp mcm tu..hmm..rezeki itukan dah ditentukan tuhan..Allah pilih aku untuk jadi seorang guru, bukan kerjaya seorang akauntan yang aku idamkan selama ini..so, apa yang ditentukan tuhan itu adalah terbaik untuk makhluknya..=) Dari segi kerjaya mungkin aku dah punyai jalan yang sudah aku nampak hari ini..Insya Allah,aku akan kejar jalan yang aku nampak itu..

Dari segi kewangan, jadi seorang guru hidup xdela susah..senang sgt pon x..cuma sederhana...apa yang orang lain mampu beli, guru pon mampu beli..hidup mewah pon xguna jugak bagi aku, kalo kemewahan jadikan diri kedekut dan kufur pada nikmat tuhan..hmm..Jadi guru pon ada yang kaya, ada yang byk harta, kenapa aku xleh jd mcm guru-guru tu kn..aku akan pastikan mulut2 yang bilang jadi guru tak akan kaya sedar yang rezeki itu datang daripada Allah. Jika Allah hendak senangkan makhluknya, dia bleh buat apa sahaja, bukan kepada 100% usaha dan kerja kita kat dunia ni...semua itu datang dari Allah

Dari segi keluarga, umur 22 tahun belum ada calon isteri lagi ni..mcm mna opie??hahaha..yg ni berat sikit la untuk aku nk jawab sebab aku ada prinsip hidup aku sendiri. Aku tak kisah pon kawan-kawan yang kemaruk cintan tu, ke sana ke sini ngan pasangan seolah-olah sudah bertahun kawen..wei, korang xmalu ke??berkepit mcm monyet je...

ini jawapan diaorang,

"ko dengki la opie..aku tahu la ko dengki tengok kitaorg kn??"
ini jawapan aku : "aku xdengki la..syukur adalah.. Allah masih lindung aku drpd melakukam maksiat mcm tu..."

ada jugak yang bilang kata aku bercakap mcm tu sbb aku ni xpandai tackle awek...weiiiii,sabo jela aku!!!ada awek ke, xde ke, belum tentu korang akan kawen kelak..bercintan sampai nak mati aku tgok, kalo korang xde jodoh..aku org 1st akan tepuk tangan..hahaha

"ko memilih la opie, nak yang cun2 je..yg xcun sape nak??"
ini jawapan aku : "aku bukan lelaki yang demand lor, xkisah la dapat pompuan mcm mna pon, asal dia baik..tu je.."

"kalo x demand nape xjumpa2??ke ko xsuke pompuan??" (ini ayat paling panas aku dgr)
ini jawapan aku : "peduli ape aku, org pompuan skrg sumer yg material..kalo ko xde keje,manis mulut je,org pompuan xsuke weh..nak berjanji ngan pompuan mestila diri sdri cukup dulu..time aku mula2 keje baru aku serius...sape yg xsuke pompuan??ko mmg sial la....."

"aku cabar ko kalo ko leh jumpa pompuan yg baik, xmaterial mcm ko ckp tu!!"
ini jawapan aku : "okey....aku sahut cabaran ko..tapi ingat,sumer ni Allah yang tentukan..."

"eleh..kalo nk ckp pasal takdir,xpayah cari jodoh pon,dia akan datang gak.."
ini jawapan aku : "hello..kalo ko ckp mcm tu,xpayah keje la..goyang kaki..pasal rezeki Allah dah tentukan kn??awek ko tu dtg sdri or ko yg cari???"

"abis tu sampai bile ko nak idup gitu?"
ini jawapan aku : belum sampai masa..dah aku rasa tiba masa aku leh bagi kommitmen,aku akan serius.."

"10 tahun lagi??or 20 tahun lagi?"
ini jawapan aku : "bengong la ko..ko nak aku berjanggut baru kawen???"

"hahaha...abis tu bile??"
ini jawapan aku : "suatu masa..maybe esok,lusa ke??kahkahkah..."

"ikut ko ler...." hahaha..............




Thursday, October 29, 2009 | By: matrock_opie

cinta luar biasa

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??


Wednesday, October 21, 2009 | By: matrock_opie

m00d kAra0kE

aduiii..sebelum aku secara rasmi nak tingalkan UPSI ni, byk je aktiviti2 pelik duk buat ngan geng2..yg xleh blah skrg ni, kuat betul nak berkaraoke..kalo petang je, p karaoke, kalo karaoke je, waktu petang..hahaha... ini lagu yang aku suke bawak..saje nak share..jom layan.....

Jeritan akordian tua
Merayap di udara

Meniti di hati manusia
Yang berjalan di kaki lima


Berkaca mata hitam
Berdendang lagu ehsan

Dari kalbu sang insan
Si pemuzik jalanan

Dengan seribu impian

Berpandukan naluri

Setajam mentari

Walau dunia gelap gelita

Namun terang cahaya hatinya




Monday, October 12, 2009 | By: matrock_opie

bESday kE-22

alhamdulillah, sebulan yg lepas aku sambut hari lahir aku yg ke-22..first, syukur pada Tuhan kerana aku masih dipinjam nyawa dan nikmat iman utk terus menjadi hambaNYA di dunia yg dipinjam ini..

Yang paling bermakna dlm hidup adalah kedua-dua insan tersayang, mak dan ayah..byk jasa darinya untuk aku..22 tahun bagi aku penuh kasih sayang, wang ringgit, makan dan minum tanpa minta aku membalasnya..Insya Allah, aku akan balas balik jasanya sedaya aku mampu..time kasih utk mak dan ayah sbb bagi along kain songkek original utk along..siap boleh pilih lagi nak yang mana...hehe..bole pakai time raya ari tu..hehe


2nd..mestilah istimewa daripada adik2ku..Kak Ngah, Iqa dan Adik Aqim yang wish dan siap bagi hadiah..hehe..Along bukan nak adiah pon...{konon2} tapi awak sume dah bagi..hehe..Kak Ngah bagi baju kuliah, mmg bergaya la cikgu Opie..Iqa bagi t-shirt, leh pakai time raya dan Adik Aqim blanje along KFC..kenyang along..hehe..along sayang kamu sume....

3rd..ucapan time kasih pada saudara2,kwn2 yang wish me Happy besday kt Facebook, Friendster, YM, call, SMS...Thanks for Cheah, bagi aku T-shirt,pon pakai time raya..hehehe..Mybesfren Wadi, belanja aku makan kt Teluk Cempedak walaupun minyak kereta aku sdri yg kene isi, aku sdri yg kene drive..hehehe..Time kasih kwn2..

Sempena hari jadi jugak, aku sendiri berazam utk terus baiki hari demi hari aturan hidup sendiri, be independant tanpa bantuan orang lain selagi nyawa dikandung badan..dan sentiasa berazam untuk menolong dan terus menolong orang lain sedaya yang aku mampu..
Saturday, October 10, 2009 | By: matrock_opie

mUHaSSabAh cINtA

Wahai pemilik nyawaku,
betapa lemah diriku ini,
berat ujian dariMu,
ku pasrahkan semua padaMu.

Tuhan baruku sedar,
indah nikmat sihat itu,
tak pandai aku bersyukur,
kini ku harapkan cintaMu.

Kata-kata cinta terucap indah,
mengalir berzikir di kidung doaku,
sakit yang ku rasa biar,
jadi penawar dosaku.


Butir-butir cinta air mataku,
teringat semua yang Kau beri untukku,
ampuni khilaf dan salah selama ini,
Ya Illahi, Muhasabah Cintaku.

Tuhan kuatkan aku,
lindungi ku dari putus asa,
jika ku harus mati,
pertemukan aku denganMu

(ni sbnrnye lirik lagu nasyid..liriknya penuh dgn makna..=p)
Saturday, October 3, 2009 | By: matrock_opie

ini janji tuhan pasal jodoh....

(dipetik drpd blog http://shahyda79.blogspot.com)
Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah,fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga.Jika diQiaskan kepada rupa,ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua."

Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." Bagaimanapun,fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.Disebabkan keadaan itu,rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."

Pada sesetengah pihak,ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya. Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu? Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.

Dengan kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik.Sebaliknya,ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah,Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

Ekoran fitnah itu,ada umat Islam yang mempercayainya.Sedangkan yang sebenarnya,Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya.Disebabkan peristiwa itulah,Allah s.w.t. menurunkan ayat itu.Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud: "Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman." Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu,dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud: "Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik. Sebaliknya ia telah menjadi umum.

Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.

Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu, Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula,Kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik,tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik.Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.

Dalam Islam,seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu,untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.Ini adalah dakwah. Dalam Islam,kalau seseorang tu telah bertaubat,kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu.Kalau tidak,berdosa.Sebab dalam Islam,orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.

Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita.Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga.Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat.Bohsia dan bohjan,penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam.Tetapi sesetengah anggota masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya.Akibatnya,ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya,(kemudian) mereka ingat akan Allah,lalu mereka meminta ampun atas dosanya.Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah.Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui." ( Ali Imran : 135 ) "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222
Friday, October 2, 2009 | By: matrock_opie

hIDup dUNiA iNi uTK BErsYUkuR

bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dialah yang menabahkan hatimu

bersyukur pada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah orang yang memperhebatkan abilitimu

bersyukur pada orang yang menyeksamu kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu

bersyukur dengan segala ujian darinya kerana semuanya ada hikmah disebaliknya

dan bersyukurlah kerana kita masih diberi masa untuk melafaz kata syukur kepada bijaksana tuhan..