Tuesday, July 28, 2009 | By: matrock_opie

gIlIrAN UPSI pUlAk yG kENe H1n1

10.45 pm
sebelum nak lelap mata semalam,sume duk kecoh pasal berita nih..budak UPSI yg baru balik dari UUM dijangkiti H1N1 berpunca dari sana...hmm..

12.30 am
sebelum lelap mata juga,byk berita dapat yg mengatakan sume kolej kediaman KAB,KZ,KUO dan KHAR dikuarantinkan dengan arahan serta merta mulai semalam...tapi UKLK mcm mna??lgsg xdpt hebahan...agak terpinggir

1.00 am
sebelum lelap mata juga, ada yg berkata esok bleh dgr Dato' NC umum cuti balik kg..Aku xnak cuti awal lagi!!!!!

1.45 am
sebelum lelap mata,dapat berita yang semua kuliah dibatalkan dan hanya staff sahaja yang dibenar masuk ke kampus...xde rase happy sgt sebab keesokannya aku hanya ada kelas 1 jam,kelas Dr LIM

dalam masa yg sama sibuk duk YM ngan bdak2 nih pasal hal ini,mcm2 khabar angin kuar,itu la ini la..hmm layan jela

3.30 am
baru dapat lelap mata......

keesokan paginya..
7.00 am
bukak je YM,trus bdak2 ni konfirmkn sume citer2 semalam..rupanya betul...hmm..
nak masuk kampus pon xdpt..pak gard tahan..paling kesian kt student2 yg duk kt kolej kediaman,xdpt kuar p mana2..kalo nk mkn pon hanya dlm kampus sahaja...kesiaanya..

adakah ini satu bala dari tuhan pada hambanya???mohon doa pada ya Rabb semoga aku dan kawan2ku dijauhkan daripada bala bencana yang seberat ini....amin

"Meskipun Allah tidak mengingatkan orang yang tidak taat kepadanya dengan hukuman, maka menjadi kewajipan bagi orang yang mensyukuri nikmatnya tidak menderhakakan kepada ALLAH"




INFO H1N1 UPSI

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Berkaitan dengan kes H1N1, pihak UPSI memohon semua pelajar UPSI supaya mengkuarantinkan diri anda bermula 29 Julai 2009 (Rabu) sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Buat masa ini,semua kuliah dibatalkan sehingga dimaklumkan. Pihak UPSI dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Batang Padang sedang berusaha untuk mengenalpasti keseriusan kes ini di UPSI. Maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran ini secepat mungkin.

Makluman untuk kakitangan UPSI, semua aktiviti berjalan seperti biasa sehingga dimaklumkan.

Sekian harap maklum.

Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa
Universiti Pendidikan Sultan Idris

0 comments:

Post a Comment