saya bukan ustaz~
bila sampai di segamat untuk mula berjinak sbgai warga segamat
pergi ke masjid, berkenalan dgn org2 kg..semua menyangka aku ini ustaz..
puas aku memberitahu yg aku ni bukan ustaz..
yg beratnya, aku ditawarkn utk memegang ketua biro pendidikan masjid
perggghhhh...sampai tahap mcm itu skali org kg pndng aku..
itu suatu amanah, tetapi dgn kudrat aku sbagai org yg baru berjinak dgn masyarakat kg, sememangnya aku tidak mampu menyandang jawatan itu..
dengan susun atur ayat yg lembut, baik, aku memberikan alasan..
namun, untuk aku membantu org masjid, INSHA ALLAH...dgn izinNYA
itu cerita dlm masyarakat kg..(umah sewa)
cerita yg sama juga bila ditempat kerja..di sekolah...
pengetua, GPK dan hampir semua guru juga menyangka aku ini ustaz..
siap gelaran dan panggilan pun dipanggil ustaz...adehhh
aku pon xtau dtg mana panggilan ustaz itu..
dgn panggilan itu juga aku diberikan amanah untuk jalankan tugas sprti mengendali program bina insan setiap jumaat..
redha ajela, namun aku sbnrnya mmg tidak selesa digelar status berkenaan..knp?
kerana itu adalah panggilan yg mulia..
panggilan itu hanya utk org yg tertentu sahaja
ilmu agama yg sgt2 cetek pada aku mna layak digelar ustaz
insan yg masih jahil, dan byk xtahu pasal agama..namun, belajar tntg agama wajib kn..
yg paling aku cuak adalah bila org brtanya tntg hukum...mcm mna nk jwb tu? seandainya salah dan tidak benar setiap ajaran kita tu, Masya Allah..berat azab kna tnggung nnt tu di hdpan Allah~~
hari yg sgt boring....
Zauj dan Zaujah ku…
Isi Hati Sang Ikhwah
Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.
Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.
Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.
Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.
Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.
Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.
Dari Sang Akhwat
Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.
Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.
Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.
Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.
Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.
petikan drpd FB in relationship with..thanks~~
buat muka ketat~~~
ambik risiko
saya sudah bekerjaya..alhamdulillah
alhamdulillah, dapat menjadi seorang pendidik di SMK PADUKA TUAN, SEGAMAT, JOHOR... bila dengar nama, begitu gah, tapi pada hakikat lumrahnya banyak cerita disebalik nama itu..abaikan..
bila dah bergelar pendidik, fizikal, sikap, nilai dan semua keadaan mestilah berdasarkn ciri-ciri seorang guru..apa yg ada pada guru itu, mestilah dicontoh dan ada pada diri aku..dengan izin Allah, tanam azam dengan senekadnya untuk berjuang demi anak bangsa malaysia, agama, kedua-dua ibu bapa dan keluarga, juga pada masyarakat sekeliling..harapan rezeki di dalam bidang perguruan membawa berkat untuk diri aku dan mendapat redha Allah..amin~~
