Monday, January 3, 2011 | By: matrock_opie

saya sudah bekerjaya..alhamdulillah

penat lelah hampir 23 tahun secara umumnya pejam celik di bumi Allah ni, akhirnya rezeki aku untuk jadi seorang cikgu tertunai..terima kasih Allah, terima kasih emak, terima kasih ayah, terima kasih guru-guru dan tidak lupa terima kasih pada kawan2 kerana mereka sebahagian berus warna untuk lukisan hidup aku sampai hari ni...

alhamdulillah, dapat menjadi seorang pendidik di SMK PADUKA TUAN, SEGAMAT, JOHOR... bila dengar nama, begitu gah, tapi pada hakikat lumrahnya banyak cerita disebalik nama itu..abaikan..

bila dah bergelar pendidik, fizikal, sikap, nilai dan semua keadaan mestilah berdasarkn ciri-ciri seorang guru..apa yg ada pada guru itu, mestilah dicontoh dan ada pada diri aku..dengan izin Allah, tanam azam dengan senekadnya untuk berjuang demi anak bangsa malaysia, agama, kedua-dua ibu bapa dan keluarga, juga pada masyarakat sekeliling..harapan rezeki di dalam bidang perguruan membawa berkat untuk diri aku dan mendapat redha Allah..amin~~

2 comments:

Post a Comment